Resensi Buku
Resensi Buku
Mempertikai Kemelayuan
Direviu oleh Profesor Datuk Md. Salleh Yaapar, penyandang Kursi Pengajian Melayu Eropah, di Universiti Leiden, IIAS. Disiarkan dalam 26 IIAS Newsletter No 37 June 2005. Istilah Melayu ini sudah lama wujud. Pertama kali ia ditercatat di Eropah terdapat dalam laporan Maharaja Ptolemy di Rom dalam kurun kedua selepas Masehi. Dalam pengertian sekarang, yang dikatakan Melayu itu adalah orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu, dan dalam kebanyakan hal menganuti agama Islam. Namun istilah ini adalah lebih kompleks dan sukar ditafsirkan ketimbang maksudnya yang kita fahami secara umum. Dengan demikian, siapakan yang dipanggil Melayu itu? Apa yang membentuk kemelayuan? Bilakah gagasan ini muncul dan dalam kalangan siapa? Ini adalah antara soalan-soalan yang menyukarkan yang memunculkan himpunan makalah yang menarik idalam buku ini, dan wajarlah dipanggil Mempertikai Kemelayuan: Identiti Melayu di Mana Saja atau Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. Buku ini terdiri daripada sebelas artikel mengenai identiti Melayu ditulis oleh sarjana dalam bidang ini, dan juga serangkap syair dan peta menunjukkan tempat-tempat penting yang dibincang dan artikel-artikel berkenaan. Artikel-artikel ini bukanlah keseluruhan baru belaka. Separuh daripadanya adalah kertas kerja yang dibentangkan dalam sebuah persidangan mengenai identiti Melayu di Universiti Leiden pada tahun 1198, dan seterusnya diterbitkan dalam isu Journal of Southeast Asian Studies, pada bulan Oktober 2001. Dan kebanyakan artikel lain pun pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun himpunan semua artikel ini dalam sebuah jilid bertajuk Mempertikai Kemayuan adalah suatu yang dinantikan.
Write comment (0 Comments)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 17 Disember 2009 23:47) |
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL



Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries (Mempertikai Kemelayuan: Identiti Melayu di Mana Saja) diedit oleh Timothy P. Barnard, 2004. Singapore: Singapore University Press. pp. 318, ISBN 9971-69-279-1 (Paperback) 9971-69-295-3 (Casebound)

Di Masjid Jamik Tanjung Malim hari ini Tuan Imam memberi maklumat yang sangat relevan dalam khutbah beliau. Dalam nasihat supaya warga Perak taat kepada sultannya, beliau juga memberi maklumat bahawa … ‘Sultan Iskandar Shah pernah meminta maaf pada rakyat sebelum Baginda mangkat.’
