Pendidikan & PPSMI
PPSMI: PPM bersetuju dengan Menteri Pelajaran
PPSMI: PPM bersetuju dengan Menteri Pelajaran
Persatuan Penterjemah Malaysia menerima baik pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang PPSMI akan dimasuhkan, dan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) dan bahasa ibunda digunakan kembali dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah.
Ini adalah sistem yang sudah berjaya menyampaikan pendidikan kepada rakyat terutama sekali yang sebelum itu dinafikan pendidikan kerana pendidikan itu disampaikan tdak melalui Bahasa Kebangsaan.
Malah PPM menggesa supaya pemansuhan itu dilaksanakan serta-merta dan pengajaran sains dan matematik kembali menggunakan bahasa Melayu dan bahasa ibunda seperlunya.
Ini dapat dilakukan serta-merta kerana, kita tidak ada masalah kekurangan guru atau bahan mengajar.
Penggunaan bahasa Inggeris selama enam tahun tidak pernah menghapuskan guru yang mahir mengajar dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Sekiranya mereka sudah pula menguasa “sedikit” bahasa Inggeris, itu tidak akan menyebabkan mereka sudah lupa mengajar dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.
Bahan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Melayu juga masih terus digunakan. Bahan-bahan ini tidak pernah dihapuskan. Dan bahan bahasa Inggeris juga masih berguna.
Tidak ada sebarang alasan kenapa kita tidak dapat memansuhkan PPSMI serta-merta dan kembali menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Ibunda “sekarang.”
Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Presiden
Persatuan Penterjemah Malaysia
| Comments |
|
!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."
Terakhir dikemaskini (Selasa, 01 September 2009 08:33)


