Bicara Pendeta
Bahasa Melayu dan Perpaduan
Bahasa Melayu dan Perpaduan
Oleh Abdullah Hassan
PENGENALAN
Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah 16.8 juta. Penduduk Malaya betul-betul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang lalu. Di bawah pentadbiran Inggeris, ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi geografi, ekonomi dan sosialnya. Oleh yang demikian, tugas utama kerajaan semasa mencapai kemerdekaan adalah menyatukan penduduk daripada berlainan kaum etnik ini dalam membina negara baru. Bahasa merupakan isu utama dalam pembinaan negara ini.
Perhatian akan ditumpukan kepada perkembangan pembentukan dasar pendidikan bahasa negara dalam masa empat puluh tahun yang lalu. Dalam jangka waktu ini ada enam buah suruhanjaya pendidikan ditubuhkan dan masing-masing mengemukakan laporannya yang berasingan.
ILTIZAM BAGI MEMBAWA PERUBAHAN
Dalam pentadbirannya, Kerajaan Inggeris membenarkan wujudnya empat buah sistem pendidikan yang berasingan. Keadaan ini mempengaruhi tujuan, pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara. Pendeknya, dasar yang dibentuk itu hendaklah dapat mengekalkan ketiga-tiga identiti kaum di negara ini, dan dalam masa yang sama dapat pula mempertsatu mereka menjadi sebuah bangsa dalam sebuah negara. Semenjak itu negara terpaksa menghadapi dan cuba menyelesaikan banyak isu yang rumit tenta g bahasa. Antaranya adalah:
a. Pilihan bahasa kebangsaan;
b. Pemersatuan negara melalui satu bahasa;
c. Taraf bahasa-bahasa minoriti;
d. Bahasa untuk penyampaian pendidikan;
e. Bahasa untuk perhubungan dengan masyarakat luar.
Apabila kerajaan Inggeris kembali ke Malaya selepas Perang Dunia Kedua, seorang pendidik veteran Inggeris, Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Beliau berusaha membina semula sistem pendidikan yang wujud sebelum perang dulu, dan ini tercatat dalam Laporan Cheeseman (1946).
Laporan Cheeseman 1946
Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. Lantas Cheeseman melaporkan ... ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu ... mengandungi ... sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Beliau juga membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat. Pengamatan itu adalah:
a. Tidak wujud sebuah bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar;
b. Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan pendatang tidaklah mudah ditentukan; masalah ini meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap;
c. Masyarakat pendatang (istimewanya Cina) lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina, dan bekalan buku-buku teks sekolah dari negara Cina pada masa itu memperkukuh kecenderungan ini;
d. Masyarakat bumiputera agak terkebelakang ... kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot pekerjaan-pekerjaan yang lumayan di Semenanjung ... orang-orang Melayu agak terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman, 1946: 160).
Sekurang-kurangnya Cheeseman dapat melihat tiga isu penting, mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri, masalah penyatuan kelompok-kelompok etnik, dan masalah bahasa pengantar.
Laporan Barnes 1950
Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).
Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat. Selain daripada cirinya yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut:
a. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun;
b. Sistem itu juga bertujuan menghasilkan kanak-kanak yang dwibahasa, terdidik dalam bahasa Inggeris dan Melayu ... yang kemudiannya akan menyambung pengajiannya pada peringkat menengah dan tinggi dalam aliran Inggeris" (Barnes, 1950: 20).
Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan, atau sekolah Melayu. Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak serius terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa. Pada peringkat darjah tiga, "... bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun ... sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951).
Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap kaum etnik Cina, India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951).
Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Isu ini menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu. Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget, 18 Nov. 1952).
Laporan Fenn-Wu 1951
Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya, dan ketaatannya terletak di luar Malaya, tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya." Walau bagaimanapun, mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya ..." (Fenn-Wu 1951). Hasrat-hasrat ini, kalau dilihat lebih rapi akan didapati bertentangan. Mengecam ketaatan kepada negara Cina memanglah benar, tetapi memberi ketaatan kepada sebuah negara baru merupakan suatu hal lain. Mereka membuat pengamatan:
"Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya. Dan "telah pernah dihujahkan bahawa pemersatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ... Pada pihak lain pula, pernah dihujahkan, untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan, ekonomi dan politik, maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan diwujudkan untuk menimbulkan pemersatuan rakyat Malaya" (Fenn-Wu 1951).
Walau bagaimanapun jelas, bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu. Ini jelas dalam ayat berikut, iaitu "... manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah menubuhkan negara-negara besar di seberang laut. Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu." (Fenn-Wu 1951). Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah, dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu, tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian.
Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum, dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya ... dan di dunia ... dan pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina. Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya.
Laporan jawatankuasa itu, pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata "... tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan. Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Mulai tahun ketiga, bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan ... dan pada tahun kelima, mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951).
Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara. Mereka berkata "... bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu.... Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya." Malah jawatankuasa itu memberi amaran "... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan ... perpecahan ... Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya." (Fenn-Wu 1951). Penyata Razak yang berikut banyak mengambil perhatian kepada Laporan Fenn-Wu itu.
Penyata Razak 1956
Jawatankuasa ini meletakkan asas sistem pendidikan Malaysia. Perhatian khusus sekali lagi ditumpukan kepada isu bahasa. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah.
Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris dalam semua ranah sebagai bahasa rasmi tunggal.
Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan bagi mewujudkan pandangan yang serupa. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956).
Pelaksanaan perakuan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangannya, seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956).
Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri.
Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu. Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.
Laporan Rahman Talib 1960
Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan kebangsaan. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini. Jawatankuasa itu cepat menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. "Adalah tidak sejajar dengan dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara, dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman 1961).
Laporan itu memperakukan "... pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama, tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961).
Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama perlulah diwujudkan. Walau bagaimanapun, keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini.
Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971
Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan negara, dan hasilnya agak menggalakkan. Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Pendidikan menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik ... yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971).
Oleh sebab itu, mulai tahun 1968, bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat mengajar dalam bahasa Melayu. Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973, dan seramai 5,600 guru dapat dilatih semula. Sebagai persiapan lanjut seramai 10,500 orang guru sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979.
Semenjak Penyata Razak 1956 diterima, perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan. Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara. Namun, kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks. Dengan itu, pada tahun 1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua.
Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula pada tahun 1967. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu, seperti Pendidikan Jasmani, Seni dan Kerja Tangan, Pengajian Tempatan dan Muzik, dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains; lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam bahasa Melayu, melainkan bahasa Inggeris.
Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi.
Mungkin ramai yang memikirkan bahawa pendidikan Cina dan Tamil dihapuskan. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar pendidikan negara. Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah. Tetapi pendidikan menengah yang masih meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan wujud, tetapi tanpa biaya kerajaan.
Menurut Stedman, masih terdapat enam puluh buah sekolah menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45,000 orang pelajar dan bilangan ini semakin bertambah (Stedman 1986:28).
Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan, iaitu, taraf bahasa Inggeris. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga dalam hal ehwal antarabangsa" (Hussein Onn 1971). Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik dicapai. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara. Sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti, kolej dan politeknik.
Laporan Kabinet (Mahathir) 1985
Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya. Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan 1956 dan 1960. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. "Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu.
Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet - Mahathir, 1985).
Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi semua aliran, iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan. Pada masa ini taraf dan fungsinya berubah. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua, pembelajaran bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan; "pertama, untuk membolehkan murid-murid itu menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya, dan kedua untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan Kabinet - Mahathir 1985). Oleh sebab itu, universiti-universiti di Malaysia memperkemas matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu.
MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA
Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga jenis sekolah masih wujud diMalaysia. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang samadengan matlamat kebangsaan yang sama, tetapi mempunyai bahasa pengantar yang berlainan. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil. Ini memberi pilihan yang seluas-luasnya, iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masing-masing. Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara. Semangat tolak ansurdan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang dipatuhi oleh negara. Walau bagaimanapun, kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang mungkin diharapkan, dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar.
Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama dalam laporan-laporan berikut. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan, dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum. Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Agak sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. Dengan ini, satu masa selama tiga puluh tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan sistem pendidikan dwibahasa yang kita
mahukan.
Oleh sebab itu Malaysia ini, pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Kita tidak lagi perlu mengajar sebuah bahasa asing untuk membolehkan anak©anak kita mendapat pendidikan.
Dalam melihat keberkesanan dasar pendidikan bahasa negara dalam pelaksanaannya sekarang akan dilihat melalui beberapa penyelidikan yang telah saya lakukan dengan disokong dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik lain. Kajian ini dilaporkan dengan tujuan untuk melihat setakat mana kejayaan yang
tercapai dan permasalahan yang masih wujud.
POLA-POLA KEDWIBAHSAAN
Pola-pola kedwibahasaan ini dikaji dengan agak baik oleh Gaudart (1985) dalam disertasi kedoktorannya "A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia". Daripada kajian tersebut terlihat beberapa pola kedwibahasaan ataupun 'ketribahasaan' yang berlaku dalam sistem pendidikan di kalangan murid-murid sekolah Malaysia.
Tinjauan ini didasarkan kepada bahasa pengantar yang digunakan pada peringkat-peringkat pengajian rendah, menengah dan tinggi. Dengan penyesuaian, huraian ini digunakan dalam mengenalpasti
pola-pola kedwibahasaan di kalangan lima puluh dua orang pelajar Malaysia di Ohio University pada bulan Januari 1989. Hasilnya menunjukkan suatu pola yang berbagai-bagai. Sekurang-kurangnya ada lima pola kedwibahasaan dan ketribahasaan dalam pendidikan yang timbul, iaitu:
Pola I: Melayu-Melayu-Inggeris (29),
Pola II: Inggeris-Inggeris-Inggeris (8),
Pola III: Mandarin-Melayu-Inggeris (6),
Pola IV: Mandarin-Mandarin-Inggeris (4), dan Pola
V: Mandarin-Inggeris-Inggeris (5).
Menurut kelompok-kelompok dalam pola-pola ini, kemahiran dan sikap pelajar-pelajar ini ditinjau untuk menentukan kefasihan mereka berbahasa Malaysia dan juga sejauh manakah mereka menghayati bahasa Malaysia tersebut. Definisi 'penghayatan' Teo Kok Seong yang memberatkan "aspek-aspek bukan linguistik"
(1989: 49-63) tidaklah sesuai di sini. Di sini penghayatan menuntut penerimaan dan penguasaan aspek-aspek bahasa juga dipentingkan.
Kajian ini tidaklah boleh dikatakan dapat mewakili seluruh keadaan di Malaysia. Jilalau sebuah kajian dilakukan untuk seluruh negara, maka suatu gambaran yang lebih kompleks akan timbul. Kajian ini hanya merupakan suatu gambaran sebahagian daripada pola-pola kedwibahasaan pendidikan bahasa di Malaysia. Dalam
pola-pola yang kelihatan ini, pola III adalah pola peralihan yang melibatkan pelajar-pelajar Sarawak. Dalam negeri ini bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa pengantar sehingga akhir-akhir ini.
Sebenarnya negeri ini sepuluh tahun ke belakang dalam pelaksanaan bahasa Malaysia. Jadi pelajar-pelajarnya masih mengikuti pendidikan dalam bahasa Inggeris hingga ke peringkat universiti, walaupun sekarang negeri ini juga sudah sama is (lebih-lebih lagi melalui institusi pengajian swasta).
Daripada kajian kecil yang dilakukan ini kepelbagaian sikap terhadap bahasa dan bahasa kebangsaan dapat dilihat. Suatu set soalan ditanyakan untuk menentukan; 1. Ranah penggunaan bahasa Melayu, 2. Pendapat sama ada bahasa Melayu akan dapat mempersatu rakyat, dan 3. Bahasa yang mereka mahu pelajari dan kuasai sekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa dan tribahasa.
Ì
Kesemua 23 orang pelajar Melayu yang dikaji memberi tindakbalas yang agak seragam terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemuanya menggunakan bahasa Melayu di kalangan keluarga, rakan, kerja dan jual beli. Mereka juga dapat menggunakan bahasa Melayu basahan dan baku dengan sesiapa saja yang mereka kehendaki atau perlui. Kesemua mereka yakin bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh
semua rakyat Malaysia untuk perpaduan.
Ì
Sekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa, maka pilihan
mereka ialah bahasa Melayu dan Inggeris, dan sekiranya
mereka dikehendaki menjadi tribahasa, maka bahasa ketiga
mereka ialah Arab; dan ada seorang yang memilih bahasa
Perancis dan seorang bahasa Jepun menggantikan bahasa Arab.
Agak penting dilihat bahawa bahasa Inggeris selalu mendapat
tempat dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Ini dapat
disimpulkan dengan mudah kerana nilai ekonomi bahasa
Inggeris tersebut tinggi. Agak penting juga untuk difahami
bahawa tidak ada pelajar yang memilih bahasa Mandarin,
walaupun kita menganggap bahawa mungkin akan timbul kemahuan
demikian demi keperluan pemersatuan rakyat, dan juga
kepentingannya sebagai bahasa perdagangan. Pemeringkatan
bahasa Arab sebagai bahasa ketiga tidak juga menimbulkan
sebarang isu penting. Sudah sewajarnya demikian kerana, selain daripada beberapa ungkapan umum yang mantap, bahasa Arab tidaklah banyak digunakan di luar keperluan agama. Tidak juga timbul suatu kemungkinan bahasa Arab itu akan menggantikan bahasa Melayu dalam bidang kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya;
Ì
2. Keenam-enam pelajar bukan Melayu dalam pola ini juga
memberi tindakbalas yang hampir sama. Mereka menerima
pendidikan rendah dan menengah dalam bahasa Melayu, dan
daripada kajian yang dijalankan juga terdapat bahawa rakan
dan ibu bapanya juga datang dari masyarakat bahasa yang
sama. Dapat dilihat sedikit pergeseran di dalam penggunaan
bahasa; bahasa Melayu mula digunakan dengan agak meluas
dalam bidang pergaulan dengan rakan-rakan. Mereka juga agak
menyetujui pernyataan bahawa bahasa Melayu itu akan dapat
berfungsi sebagai pemersatu bangsa. Mereka memilih bahasa
Mandarin dan Melayu, dan Mandarin; Melayu dan Inggeris
apabila ditanya tentang pemilihan bahasa mereka kalau mahu
menjadi dwibahasa dan tribahasa. Dua orang daripada mereka
meletakkan bahasa Melayu sebagai pilihan pertama.
Tindakbalas seperti ini tidak dapat sewenang-wenangnya
dikatakan mewakili seluruh negara. Sekirannya rakyat yang
lebih ramai dikaji, gambaran ini dapat diduga menjadi lebih
berbagai;
3. Dalam pola II terdapat 8 orang pelajar yang menerima
pendidikan mereka secara keseluruhan dalam bahasa Inggeris.
Mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam semua ranah
penggunaan bahasa, berpindah menggunakan bahasa kandungnya
dalam bidang kekeluargaan dan pergaulan. Tindakbalas mereka
agak berbeza-beza mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pemersatu; setengah bersetuju dan yang selebihnya
tidak setuju. Pilihan mereka tentang bahasa dalam keadaan
dwibahasa dan tribahasa agak sejajar dengan pendapat mereka
mengenai fungsi bahasa sebagai alat pemersatu. Mereka yang
tidak mempercayai bahasa Melayu itu boleh menjadi alat
pemersatu itu tidak menganggap bahasa Melayu itu penting,
lantas memilih bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis sebagai
bahasa yang mereka mahu kuasai dalam keadaan dwibahasa dan
tribahasa. Sikap mereka yang tidak bersimpati dengan bahasa
Melayu ini mungkin boleh kita lihat dari sebab bahawa mereka
telah mendapat pendidikan seluruh atau sebahagian besarnya
dalam bahasa Inggeris, dan rasa a
ua tidak bersetuju dan seorang tidak percaya bahasa mempunyai
sebarang kesan dalam hal ini. Walau bagaimanapun kesemuanya
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga
dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa; dan rentetannya
berubah-ubah daripada pelajar ke pelajar
5. Pelajar-pelajar dalam pola IV yang menerima pendidikan
rendah dalam bahasa Mandarin dan menengah dalam bahasa
Inggeris agak memandang sepi terhadap bahasa Melayu. Mereka
tidak banyak atau tidak langsung menggunakan bahasa Melayu
di dalam ranah persahabatan, keluarga atau pekerjaan.
Mereka juga tidak mempercayai yang bahasa Melayu dapat
mempersatu rakyat. Kesemuanya memilih bahasa Inggeris,
Mandarin dan Jepun dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa.
Ada seorang yang meletakkan bahasa Melayu pada tempat
ketiga. Agak menarik juga kalau dilihat bahawa tidak
seorangpun daripada mereka meletakkan bahasa Mandarin
sebagai pilihan pertama. Malah penulis juga merasa bahawa
mungkin akan ada juga orang Melayu yang akan meletakkan
bahasa Inggeris pada kedudukan pilihan pertama sekiranya
mereka hanya berpendidikan Inggeris. Dalam hal ini, bahasa
Inggeris memberi saingan yang agak kuat kepada bahasa
kebangsaan;
Ì
6. Mungkin kita akan menganggap bahawa pelajar dalam pola
V, yang menerima pendidikan rendah dan menengah dalam bahasa
Mandarin untuk menunjukkan sikap yang paling negatif
terhadap bahasa kebangsaan. Dapatan Teo Kok Seong (1986 dan 1989) juga menunjukkan ciri-ciri yang sama, namun, penulis tidaklah perlu membuat kesimpulan yang sama. Kajian ini
menunjukkan bahawa pendirian dan sikap mereka agak
sederhana. Hanya seorang daripada mereka yang tidak percaya
bahasa Melayu boleh mempersatu rakyat, dan yang lainnya
memberi jawapan 'mungkin', bermakna mereka tidak menolak
kemungkinan bahasa Melayu itu boleh menjadi bahasa pemersatu
rakyat. Mungkin juga kita dapat melihat bahawa pendirian
begini agak munasabah. Memang kita telah banyak mencapai
kejayaan dan kemajuan dalam mempersatu rakyat melalui bahasa
kebangsaan, tetapi masih banyak yang perlu kita buat untuk
mencapai matlamat ini. Mereka juga menyatakan bahawa mereka
ada menggunakan bahasa Melayu dalam ranah rasmi,
persahabatan dan jual beli. Bahasa Melayu timbul sebagai
pilihan kedua dan ketiga dalam keadaan dwibahasa dan
tribahasa.
Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak pernah dipilih
sebagai bahasa pertama dari segi kepentingannya. Namun demikian,
ini dapat dikatakan sebagai suatu kejayaan dalam pelaksanaan
dasar pendidikan bahasa untuk melahirkan suatu sikap kebangsaan
yang seragam. Sikap begini yang timbul daripada suatu keadaan
rakyat yang berbagai-bagai golongan etnik dan bahasa adalah suatu
kemajuan, walaupun tidak dapat dianggap besar.
Kita dapat mengenali beberapa pola tertentu dalam
tindakbalas pelajar menurut latar belakang bahasa yang digunakan
sebagai pengantar dalam pendidikannya pada tahap sekolah rendah
dan menengah. Namun, kita tidaklah dapat membuat kesimpulan ini
secara muktamat sehingga kajian yang meliputi bilangan responden
yang lebih ramai dijalankan. Pelajar Melayu agak segaram dalam
tindakbalas mereka mengatakan bahawa bahasa Melayu itu perlu
dipelajari oleh semua kerana ia adalah bahasa kebangsaan, dan ini
boleh menimbulkan pemersatuan. Mereka yang mempunyai latar
pendidikan bahasa yang berbagai juga menerima hakikat bahawa
bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan, walaupun mereka agak
ragu tentang keberkesanan fungsinya sebagai pemersatu rakyat.
Tetapi mereka yang menerima pendidikan seluruhnya dalam bahasa
Inggeris tidaklah begitu bersimpati dengan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan falsafah menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pemersatu.
Hasil kajian ini tidaklah boleh dianggap sebagai muktamad.
Penemuannya akan menjadi berlainan sekiranya bilangan responden
yang lebih ramai dikaji. Walau bagaimanapun, daripada gambaran
lakar yang didapati daripada kajian ini, kita tidak dapat menolak
hakikat bahawa kita perlu berfikir secara serius sama ada
pengalaman yang begitu berbagai-bagai dalam pe
ng mengkhuatiri kebijaksanaan
dasar bahasa dalam pendidikan untuk menjadi alat pemersatu dalam
membina sesuatu negara. Malangnya kebanyakan kritikan ini datang
dari satu golongan penduduk saja iaitu umumnya masyarakat Cina.
Ada ahli masyarakat Cina yang mengkhuartiri dasar bahasa
kebangsaan itu, dan kadang-kadang pernyataan mereka itu
menyebabkan kita berfikir apakah isu sebenar yang dibangkitkan
itu. Misalnya Kua Kia Soong membangkitkan persoalan "Kami
menerima bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa kebangsaan untuk
digunakan sebagai bahasa perantara masyarakat kita yang berbilang
(golongan) etnik. Walau bagaimanapun ... bahasa Malaysia
(Melayu) itu mestilah jangan digunakan untuk memaksa
pengasimilasian bahasa ..." Pada halaman yang sama juga dia
menyuarakan bahawa "... bahawa bahasa rakyat kita yang berlainan
itu adalah sama tarafnya, mempunyai maruah yang sama dan mesti
diberi penghormatan yang sama, dan mesti diberi kebebasan untuk
digunakan di semua lingkungan ..." (1987: 124). Pernyataan
seperti ini juga telah jauh meninggalkan semangat kedwibahasaan
dan ketribahasaan yang diajukan oleh Fenn-Wu, yang mengatakan
bahawa mana-mana kaum yang semata-mata mahu memajukan satu bahasa
dan budaya itu akan menghalang pemersatuan rakyat. Perlembagaan
kita tidak menghalang penggunaan bahasa-bahasa lain di samping
bahasa kebangsaan.
Memanglah tujuan kita hendak mewujudkan hanya satu bahasa
kebangsaan di samping membolehkan bahasa dan budaya lain
dikekalkan. Memberi taraf yang sama kepada semua bahasa dalam
konteks ini adalah tidak wajar dan tidak mungkin. Bahasa-bahasa
lain daripada bahasa Melayu memang luas dipergunakan di Malaysia
dan ini tidak memerlukan kajian lanjut dan mendalam. Seorang
pelancong saja akan dapat melihat dan merasai betapa bebas dan
luasnya bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Cina digunakan di
Malaysia. Masyarakatnya tetap berbahasa Cina, media massanya
penuh dengan tulisan Cina, nama-nama perniagaan dan lain-lain
masih mengekalkan nama Cina. Malah pelancong yang tidak melihat
daerah luar bandar tidak akan merasakan perbezaan antara negara
ini dengan Hong Kong atau Taiwan. Wujudnya bahasa kebangsaan
tidak sedikitpun mengurangkan peranan bahasa-bahasa minoriti lain
di ranah-ranah tertentu. Malah Noss (1984) mengatakan keadaan
'tidak rasmi' ini memberi kedudukan yang lebih kukuh kepada
bahasa-bahasa Cina dan Tamil. Ia memperlengkap fungsi bahasa
rasmi dalam ranah bahasa rasmi tersebut tidak berfungsi dengan
kuat. Dalam pengumuman rasmi dan sebagainya, bahasa-bahasa
Mandarin dan Tamil digunakan untuk membolehkan rakyat semua
memahami perutusan yang disampaikan. Dengan kata lain, tidak ada sebarang tekanan dan sekatan yang dikenakan kepada bahasa Tamil dan Cina dalam semua ranah melainkan urusan rasmi seperti yang diimplikasikan oleh Kua Kia Soong.
Artikel 21(2)
Kedua, salah satu daripada ceraian Akta Pelajaran 1961 yang kerap dibangkitkan oleh kaum Cina ialah Artikel 21(2):
"Sekiranya Menteri Pendidikan berpuas hati/berpendapat bahawa sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan sesuai diubah
menjadi sekolah rendah kebangsaan (Melayu), dia bolehlah
mengarahkan sekolah itu menjadi sekolah rendah jenis
kebangsaan". (Akta Pendidikan 1961, No. 43).
Artikel ini seterusnya menjadi isu yang menimbulkan
kebimbangan kaum Cina. Walaupun kuasa ini tidak pernah digunakan
oleh Menteri Pendidikan, keresahan dan ketakutan masyarakat Cina
itu sentiasa kekal. Tetapi bagi mereka, wujudnya artikel
demikian, walaupun ada kebaikannya, masih merupakan suatu ancaman
kepada penerusan tradisi Cina. "Walaupun sebuah kajian semula,
tetapi pengekalan artikel in menjadi sumber keresahan yang amat
sangat kepada masyarakat Cina" (David Chua, 1988:63). Dipandang
dari segi lain, rungutan ini mencerminkan kesungguhan masyarakat
Cina untuk mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam
hasrat kita untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa dalam
pendidikan, tindakan negatif ini mungkin akan merupakan halangan.
Peluang Pendidikan Tinggi
Dalam pengamatan umum negara dapat memenuhi permintaan penduduk
dalam pendidikan. Walau bagaimanapun pendidikan tinggi terus
menjadi masalah. Permintaan yang berganda bagi pendidikan tinggi
telah menyebabkan kekurangan tempat di pusat-pusat pengajian
tinggi. Hanya 10% pelajar daripada semua kaum dapat melanjutkan
pengajiannya ke pusat pengajian tinggi. Oleh sebab permintaan
yang mendadak, maka sistem kuota terpaksa dilaksanakan untuk
menjamin hak setiap kaum. Kaum Cina yang dahulunya mendapat
serba kemudahan untuk belajar terpaksalah mengongsi peluang
mereka dengan kaum Melayu dan India. Walaupun peratus pelajar
Cina yang masuk ke universiti itu berkurangan tetapi jumlah
sebenarnya adalah bertambah. Tambahan pula, jelas bahawa isu ini
tidak perlu berbangkit kerana pendidikan bukanlah hak satu-satu
kaum saja.
Universiti Merdeka
Suatu isu panas yang pernah timbul dulu ialah mengenai permintaan
masyarakat Cina untuk menubuhkan sebuah universiti swasta,
Universiti Merdeka. Walaupun universiti ini tidak semestinya
menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar, atau untuk
masyarakat Cina saja, tetapi pada asalnya mungkin konsepnya
berlainan. Wujudnya suatu konsep demikian tidaklah begitu bersesuaian dengan matlamat pemersatuan bangsa Malaysia melalui satu bahasa kebangsaan. Tindakan yang diambil oleh kerajaan Singapura untuk menggabungkan Universiti Nanyang (1980) dengan Universiti Singapura dan menubuhkan suatu universiti baru The National University of Singapore yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah suatu cara lain untuk membangun
suatu bangsa melalui satu bahasa neutral. Ternyata dalam hal
ini, walaupun kaum Cina merupakan majoriti di Singapura, bahasa
Mandarin tidak difikirkan boleh melaksanakan fungsi pemersatu dan
kemajuan ekonomi di Singapura. Sedikit sebanyak, tindakan
Singapura ini membantu keadaan di Malaysia untuk menghilangkan
kepelbagaian bahasa. Namun demikian, isu ini belumlah selesai.
Pergelutan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris masih
berterusan dan sebenarnya semakin sengit. Dekad 90-an ini akan
menentukan arah dan taraf bahasa Melayu itu dengan lebih jelas
lagi. Nilai yang lebih tinggi yang diberikan kepada bahasa
Inggeris di semua pihak, kerajaan dan swasta, memberi kedudukan
yang istimewa kepada bahasa Inggeris dalam pendidikan. Walaupun
dalam sistem pendidikan kebangsaan pendidikan aliran Inggeris
telah seluruhnya ditukar kepada bahasa Malaysia, tetapi kedudukan
bahasa Inggeris dalam bidang ini masih mendapat permintaan dan
sokongan yang tinggi, dan akibatnya pendidikan Inggeris masih
bertapak kuat, malah semakin membiak. Kadang-kadang kita akan
merasa hairan, kenapa sebuah universiti swasta seperti Universiti
Merdeka mendapat tentangan yang hebat. Tetapi, universiti kembar
sudah beberapa buah ditubuhkan (Kolej Damansara Utama, Kolej Tunku Abdul Rahman, ITM-KPP, MARA, Sunway College, Rima Colllege, Kolej Disted dan beberapa buah lagi) dan menjalankan pengajian seluruhnya dalam bahasa Inggeris. Kita dapat melihat betapa penting dan besarnya peranan institusi seperti ini dalam menambah
tempat bagi semua pihak, lebih-lebih lagi bagi kaum berada, untuk
mendapat pendidikan universiti. Walau bagaimanapun, dari segi
perancangan bahasa, hakikat untuk membangun sebuah negara baru
melalu satu bahasa akan tercabar hebat apabila bertentangan
dengan bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris adalah amat penting, dan harus dijadikan
milik oleh semua pihak demi kepentingan negara. Tetapi sama ada
bahasa tersebut perlu kita perkembangkan sehingga menyingkirkan
bahasa kebangsaan kita, adalah suatu isu pokok. Kita memang
tidak ragu menerima hakikat ini, walau bagaimanapun, adakah
tindak-tanduk kita selaras dengan matlamat ini.
Budaya Cina
Dalam sebuah penerbitan MCA, "The Future of Malaysian Chinese” oleh
Ling Liong Sik dan rakan-rakan (1988), terdapat sebuah bab yang
ditumpukan kepada pendidikan dan kebudayaan. Penulisnya, David
Chua menyatakan kesedihannya "... generasi muda Cina ... tidak
lagi menguasai bahasa Cina dengan cukup mendalam bagi menikmati
kehalusan-kehalusan budaya Cina, bagaimanakah mereka dapat
diharapkan untuk memajukannya" (1988:59). Dalam hal ini kita
mungkin dapat melihat perubahan dua arah. Ada benarnya kalau
kita mengatakan bahawa kejayaan sistem pendidikan bahasa negara itu telah menimbulkan keadaan begini di kalangan masyarakat Cina. Malah, ini juga berlaku, mungkin dengan lebih hebat lagi semasa bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Dan bahasa Melayu sekarang mengubah kecenderungan dari bahasa Inggeris ke b
Suatu perkembangan dalam hal ini yang seharusnya tidak patut
kita perkecilkan ialah perkembangan yang sudah berlaku di
kalangan kaum Cina Baba. Mereka telah mula mengasimilasikan diri
kembali dengan kaum Cina yang baru datang, dan menCinakan kembali
diri mereka, walhal mereka sudah menjadi sebati dengan budaya dan
bahasa negara ini. Sebenarnya ini bukan suatu gejala yang khusus
berlaku di kalangan masyarakat demikian di Malaysia saja. Ini
adalah suatu ciri umum. Pendatang Yunani, Itali, Spanyol yang
telah lama bermastautin di Amerika Syarikat juga menunjukkan
kecenderungan yang sama. Umumnya generasi kedua dan ketiga telah
mengalami pergeseran bahasa dan mula menganut bahasa Inggeris.
Namun demikian, percubaan untuk emngekalkan bahasa dan budaya
mereka timbul kembali dengan tibanya kedatangan pendatang baru dari negeri dan budaya yang sama (Ferguson et al., 1981).
Masyarakat India
Umumnya masyarakat India tidak menunjukkan tentangan yang hebat terhadap isu bahasa ini. Sejak Laporan Cheeseman pada tahun 1946
hinggalah Laporan Kabinet 1981, masyarakat India menerima saja
perubahan demikian. Mungkin juga ini disebabkan oleh taraf
bahasa Tamil tidak pernah penting dalam sistem pendidikan,
pentadbiran dan ekonomi negara. Oleh itu tidak ada isu yang mehu
dipertahankan. Lagipun, bilangan masyarakat India itu tidak
begitu ramai dan terbahagi pula kepada dua belas bahasa yang
berlainan, jadi setiap bahasa itu tidak begitu ramai pendukungnya
bagi menimbulkan isu yang boleh dipertahankan.
MASA DEPAN
Malaysia, kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran mempunyai
komposisi penduduk yang berlainan, namun demikian banyak
masalahnya agak sama. Jadi apa yang dilakukan oleh negara jiran
dalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin juga kita
perhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar serta
keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita.
Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalam
hal ini untuk menerima dan melayani permintaan rakyatnya yang
berbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang berlainan di
dalam suatu kerangka dasar pendidikan negara. Memanglah perlu
bagi Malaysia mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaannya. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Dari sebuah sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar; Inggeris, bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Walaupun sistem
pendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan, tetapi hanya
pendidikan rendah yang ditaja oleh kerajaan. Pendidikan menengah
dan tinggi dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, walaupun tidak
dihalang, tetapi kerajaan tidaklah membiayainya. Dengan itu, para
ibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak
mereka ke sekolah menurut bahasa kandung masing-masing
(walaupun Mandarin itu bukanlah bahasa kandung sebarang
masyarakat Cina di Malaysia). Kalau mereka ingin meneruskan
pengajian anaknya dalam bahasa yang sama, mereka masih lagi boleh
berbuat demikian dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
swasta, atau ke seberang laut. Walaupun dasar ini tidak
dapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan sistem
pendidikan kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negara
jiran, tetapi ternyata dasar pendidikan negara kita agak liberal
walaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia ini
menganggapnya terlalu keras. Keliberalan dasar pendidikan
negara, malah sesetengah pihak menganggapnya sebagai kelemahan,
adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu. Negara-negara
Asia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka. Indonesia mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa negara tidak timbul lagi. Thailand meningkatkan sekolah
kebangsaan mereka, dan tidak menggalakkan sekolah Cina dan
Melayu, sehinggakan sekolah kebangsaan dapat menyerap sekolah-sekolah
Cina dan Melayu tersebut. Filipina tidak menganggap
sekolah-sekolah Cina sebagai suatu saingan kerana bilangannya
yang kecil serta penekanan yang berlebihan diberi kepada bahasa
Inggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina, sehinggakan
sekolah-sekolah Cina tidaklah menjadi isu. Singapura
meningkatkan sekolah Inggeris dengan berbagai-bagai kemudahan dan
kelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak menarik
dan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara. Keperluan bahasa
itu pula ditampung dengan baik dalam sistem pendidikan bahasa
Inggeris. Dalam hal ini Malaysia masih terus kekal dengan sistem
pelbagai bahasanya, sama ada secara rasmi atau tidak. Malaysia
masih menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya, walaupun
kejayaan dalam pelaksanaan bahasa Melayu semakin jelas.
Nota 1:
1. PERTAMBAHAN PENDUDUK DALAM MASA 100 TAHUN YANG LALU
Tahun Jumlah Melayu Cina India
1871 308,097 170,092(55) 104,615(34) 33,390(11) 1891 910,123 444,624(49) 391,418(43) 74,081(09) 1901 1,227,195 528,263(43) 583,396(48) 115,536(09)
1911 2,644,489 1,463,187(55) 914,143(35) 267,159(10) 1921 3,338,545 1,623,014(48) 1,171,740(35) 471,536(17)
1931 4,347,704 1,894,044(44) 1,704,452(39) 621,847(14)
1941 5,545,173 2,350,234(42) 2,418,615(44) 776,324(14)
1947 5,848,910 2,543,569(44) 2,614,667(45) 599,616(11)
1970 10,434,034 5,795,000(56) 3,455,000(33) 933,000(09)
1980 13,435,588 7,503,777(56) 4,438,505(33) 1,158,680(09)
1988 16,920,000 9,762,840(57) 5,380,560(31) 1,670,800(09)
Sumber: Malaysian Year Book of Statistics 1901-1987.
* Termasuk pribumi
Nota 2. BAHASA-BAHASA DI MALAYSIA
Pribumi Cina India/Pakistan/Sri
Lanka/Bangladesh
Melayu Kanton/Kwongsai Tamil
Bajau Hokkien/Fukkien/Amoy Telugu
Bisaya Hailam/Hainanese Malayalam
Jakun Hakka/Khek Sinhalese
Kayan Hokchia/Henghua Punjab (Sikh)
Kedayan Hokchiu/Foochow Bengali
Kelabit Teochew Bangladesh
Kenyah Mandarin Urdu
Melanau Gujerat
Murut Benare
Negrito Maharata
Senoi
Sumber: Disesuaikan daripada Malaysian Year Book 1987, 1988 and
Malaysian Year Book of Statistics 1987.
Nota 3. KETIBAAN DAN KEPULANGAN CINA DI MALAYSIA (Termasuk
SINGAPURA), 1911-1940
Tahun Tiba Pulang Beza
1916 183,399 61,630 121,769
1917 155,167 41,282 113,885
1918 58,421 35,585 22,836
1919 70,921 37,590 33,322
1920 126,077 68,383 57,694
1921 191,043 98,986 92,057
1922 132,886 96,869 36,019
1923 159,019 78,121 80,898
1924 181,430 87,749 93,681
1925 214,692 77,920 136,772
1926 348,593 120,308 228,285
1927 359,262 155,198 204,064
1928 295,700 149,354 146,346
1929 293,167 139,967 153,200
1930 242,149 167,903 74,246
1931 191,690 304,655 112,965
1932 138,328 235,846 97,518
1933 124,460 155,638 31,178
1934 223,892 162,253 61,639
1935 278,168 187,182 90,986
1936 282,299 206,498 75,801
1937 402,563 222,061 180,502
1938 228,669 175,489 53,180
1939 160,448 146,109 14,339
1940 147,016 143,694 3,322
Sumber: Timothy Lam Thim Fook, "The Growth of the Chinese
Community and Urbanization in the Malay Peninsula",
(Kuala Lumpur, 1969). hal. 13.
Nota 4. BAHASA PENGANTAR DAN BAHASA YANG DIPELAJARI
Bahasa Bahasa Kandung Ì
-ÌBahasa BahasaÞ-KÞ
Pengantar Murid Ì
-ÌWajib OpsyenalÞ-KÞ
B. Melayu Ì
B. Melayu Baku B. Melayu Mandarin
B. Melayu Baku
Dialek Tamil
Dialek Cina Inggeris Thai
Dialek India Iban
Dialek Inggeris Ì
(di Sarawak)
Thai
Bahasa lain
Mandarin Dialek Cina Mandarin Tamil
Dialek Melayu B. Melayu Thai
Dialek Melayu B. Inggeris Iban
(in Sarawak)
Tamil Tamil Tamil Mandarin
Dialek Cina B. Melayu
Dialek Melayu B. Inggeris
Telegu Telegu Telegu Tamil
B. Melayu Mandarin
B. Inggeris
Tamil
(tak rasmi)
Punjabi Punjabi Punjabi Tamil
B. Melayu Mandarin
B. Inggeris
Sumber: Hyacinth M. Gaudart, A Descriptive Study of Bilingual
Education in Malaysia. hal. 377
Nota 5. RANCANGAN UNTUK PENDIDIKAN BAHASA DI MALAYSIA
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu Mandarin Tamil Telegu Punjabi
| | | | |
| | | | |
| SELEPAS ENAM BULAN |
| Wajib belajar Bahasa Melayu |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| SELEPAS TIGA TAHUN | |
| Wajib belajar Bahasa Inggeris |
| | | | |
| | | | |
PENDIDIKAN MENENGAH SELEPAS ENAM TAHUN PENDIDIKAN RENDAH
| | | | |
| | | | |
| KELAS PERALIHAN | |
| / / / /
| / / / /
| / / / /
| PERUBAHAN BAHASA PENGANTAR /
| / / / /
| / / / /
| / / / /
|--------------------- / / /
|-------------------------------------------- / /
|---------------------------------------------------/ /
|----------------------------------------------------------/
Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan
Pengekalan bahasa Mandarin dan Tamil opsyenal
Iban juga diajar di Sarawak Tidak ada peruntukan bagi bahasa Telegu dan Punjab
Sumber: Hyacinth M. Gaudart, A Descriptive Study of Bilingual ‰
Education in Malaysia. hal. 380.
Nota 6. PELAKSANAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH TAHUN PELAKSANAAN
1957 Bahasa Kebangsaan diwajibkan di semua Sekolah Rendah dan
Menengah bantuan kerajaan.
1958 Penubuhan Sekolah Menengah aliran Melayu yang menjadi
Sekolah Menengah Kebangsaan.
1963 Penubuhan Sekolah Menengah Melayu pertama, Alam Shah;
Tingkatan Enam aliran Melayu dimulakan di sekolah yang sama.
1965 Kumpulan pertama aliran Melayu masuk ke Universiti Malaya.
1968 Kumpulan pertama aliran Melayu mendapat ijazah dari
Universiti Malaya; kelas aliran Melayu dimulakan di Sekolah
Menengah Vokasional; lima buah mata pelajaran disampaikan
dalam bahasa Melayu dalam darjah 1-3 di semua sekolah
aliran Inggeris;
1969 Sivik diajarkan di sekolah di semua sekolah Inggeris;
Geografi dan sejarah diajar dalam bahasa Inggeris dalam
darjah 4 sekolah aliran Inggeri; kelas aliran Melayu
dimulakan di Sekolah Menengah Teknik.
1973 Semua matapelajaran Tingkatan 1 di semua Sekolah Menengah
Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.
1975 Kelas Peralihan Inggeris ditamatkan; Sekolah Rendah Inggeris
dialih menjadi Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu).Þ KÞ
1976 Semua matapelajaran Sastera, Sains dan Teknik di semua
Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu;
Semua matapelajaran Tingkatan IV di semua Sekolah Menengah
Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.
1978 Aliran Sastera di semua Tingkatan VI (Rendah) diajar dalam
bahasa Melayu
1980 Kursus Sastera tahun pertama dan matapelajaran yang bergabung
di universiti diajar dalam bahasa Melayu.
1981 Semua matapelajaran Sastera, Sains, dan Teknik dalam
Tingkatan VI (Rendah) di semua Sekolah Menengah Inggeris
diajar dalam bahasa Melayu.
1982 Peralihan Sekolah Menengah Inggeris menjadi Sekolah Menengah
Kebangsaan (Melayu) selesai.
1983 Semua kursus tahun pertama universiti diajar dalam bahasa
Melayu.
Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Pelaksanaan Perakuan
Jawatankuasa Penilaian Pendidikan, 1960, (1971).
Nota 7. Soalselidik (pangkah kotak yang sesuai)
1. a. lelaki [ ];
b. perempuan [ ]
2. a. bumiputera [ ]; b. bukan-bumiputra [ ]; c. pribumi [ ]
3. Bahasa pendidikan:
a. Rendah: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/.............
b. Menengah: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/.............
d. Tinggi: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/.............
4. Dalam sekotor manakah anda akan bekerja di Malaysia?
a. kerajaan [ ]; b. swasta
5. Apakah peringkat kemahiran bahasa Melayu anda?
a. pertuturan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ìb. tulisan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ì
1-3: lemah; 4-6: sederhana; 7-8: baik; 9-10: cemerlang
6. Adakah anda menggunakan bahasa Melayu berkomunikasi dengan
rakan-rakan dari Malaysia di Athens?
Ì
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ì
1: tak pernah -10: pada semua waktu
7. Sekerap manakah anda menggunakan bahasa Melayu?
a. Dengan ibu bapa di rumah
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
b. Dengan adik-beradik di rumah
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
c. Dengan rakan-rakan di khalayak ramai
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
d. Dengan rakan bukan Melayu di khalayak ramai
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
e. Dengan rakan-rakan di universiti
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
f. Dengan rakan-rakan Melayu dan bukan-Melayu bersama-sama
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
g. Dengan pegawai kerajaan di pejabat mereka
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
h. Di tempat-tempat komersial: pusat membeli-belah, bank,
dll.
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
i. Di tempat awam: restoran, tempat letak kereta, dll.
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
j. Di tempat kerja sendiri?
Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
8. Aktiviti dalam bahasa Melayu:
a. Akhbar yang dibaca . ................................
b. Majalah yang dibaca .................................
c. Novel yang dibaca dalam 12 bulan yang lalu ..........
.....................................................
d. Rancangan TV yang ditonton ..........................
.....................................................
.....................................................
e. Rancangan Radio yang didengar .......................
.....................................................
f. Lagu Melayu/Indonesia yang digemari..................
...................................................
g. Lagu Cina/India yang dgemari ........................
....................................................
9. Apakah neka bahasa Melayu yang digunakan.
a. di rumah: baku [ ]; dialek [ ]
b. di sekolah: baku [ ]; dialek [ ]
c. jabatan kejaraan: baku [ ]; dialek [ ]
d. jabatan bukan kerajaan: baku [ ]; dialek [ ]
10. Adakah anda menuturkan/belajar sebuah bahasa lain?
a. Ya [ ]; b. Tidak [ ]
11. Jika 'Ya', apakah bahasanya?
a. .............., b. ..............,c. .................
12. Beri sebab anda belajar bahasa asing?
a. .....................................
b. .....................................
c. .....................................
13. Pentingkah bagi warganegara Malaysia mempelajari bahasa
Melayu?
a. Ya [ ]; b. Tidak []
c. Kenapa ............................................
15. Dapatkah bahasa Melayu menyatukan rakyat Malaysia?
a. Ya [ ]; b. Tidak [ ]
c. Kenapa .............................................
16. Adakah identiti/budaya etnik anda akan hilang sekiranya anda
mempelajari bahasa Melayu?
a. Ya [ ];
b. Tidak [ ]
c. Kenapa .................................................
17. Patutkah Malaya mengekalkan dasar bahasanya sekarang?
a. Ya [ ];
b. Tidak [ ]
c. Kenapa ...............................................
18. Adakah anda mempelajari sebuah bahasa asing?
a. Ya [ ];
b. Tidak [ ]
19. Sekiranya rakyat Malaysia perlu mempelajari lebih daripada
sebuah bahasa, nyatakan rentetan pilihan anda untuk mempelajari
bahasa ini; Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Perancis, Arab,
Jepun (tambah sebarang bahasa pilihan anda sekiranya tidak
dinyatakan di sini).
a. .................
b. .................
c. .................
20. Nyatakan sebab anda membuat setiap pilihan:
a. .........................
b. .........................
c. .........................
Bibiligrafi
Abdullah Hassan, 1987, "30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia”, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alisjahbana S.T., 1975, "Language Planning for Modernization: the
Case of Indonesia and Malaysia”, The Hague: Mouton and Co..
Allen, James A de. V., 1967, "The Malayan Union”, New Haven: Yale
University Southeast Asia Studies, Monograph Series.
Asaratnam, S. "Indians in Malaysia and Singapore”, Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
Asmah Haji Omar, 1979, "Language Planning for Unity and Efficiency:
A Study of the Language Status and Corpus Planning of Malaysia”.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Asmah Haji Omar, 1982b, "The Roles of English in Malaysia in the
Context of National Language Planning," in Asmah Haji Omar, 1987a,
"Malay in its Sociocultural Context”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hal. 157-175.
Asmah Hj. Omar, 1983, "The Malay Peoples of Malaysia and Their
Languages”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 1985, "Patterns of Language Communication in
Malaysia," in Asmah Haji Omar, 1987, "Malay in its Sociocultural
Context”; Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 71-82.
Chai Hon Chan, 1971, "Planning Education for a Plural Society”,
Paris: Unesco; International Institute for Educational Planning.
Chai Hon Chan, 1977, "Education and Nation-Building in Plural
Societies: The West Malaysian Experience-, Canberra: The Australian
National University (Development Studies Centre, Monograf no. 6).
Chang Ming Phang, Paul, 1973, "Educational Development in a Plural
Society: A Malaysian Case Study”, Singapore: Academic Publications.
Chelliah, D.D., 1948, "A History of the Educational Policy of The
Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on
Vernaculars”, Kuala Lumpur: Govt. Press.
Chua, David, "Education and Culture" dalam Ling Liong Sik
et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese”, Kuala Lumpur:
Malaysian Chinese Association.
Coulmas, F., 1988, "With Forked Tongues; What are National
Languages Good For?”, Singapore: Karoma Publishers, Inc.
Democratic Action Party, 1969, "Who Lives if Malaysia Dies?”, Kuala
Lumpur: Democratic Action Party.
Gaudart, H.M., 1985, "A Descriptive Study of Bilingual Education in
Malaysia”, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Hawaii.
de Terra, Diane, 1983, "The Effects of Language Planning on a
Penang Hokkien Kampong: People Separated by a Blade of Grass Could
Not Understand Each Other" dalam L.A. Peter Gosling & Linda Y.C.
Lim, "The Chinese of Southeast Asia: Identity, Culture and
Politics”, Maruzen Asia, Singapore.
Fennell, T.R., 1967, "Commitment to Change: A History of Malayan
Educational Policy, 1945-1957”, Disertasi Ph.D. tak bercetak,
University of Hawaii.
Ho Seng Ong, 1952, "Education for Unity in Malaya; an Evolution of
the Educational System of Malaya with Special Reference to the
Need for Unity in Its Plural Society”, Penang: Malayan Teachers
Union.
Kua Kia Soong, 1985, "The Chinese Schools of Malaysia; A Protean
Saga”, Kuala Lumpur: United Chinese Schools Committee Association
of Malaysia.
Kua Kia Soong, 1985, "National Culture and Democracy”, Kuala Lumpur.
Kua Kia Soong, 1987, "Polarization in Malaysia: The Root Causes”,
Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center.
Le Page, R.P., 1964, "The National Language Question”, London:
Oxford University Press.
Lee, Raymond, ed., 1986, "Ethnicity and Ethnic Relations in
Malaysia”, DeKalb: Center for Southeast Asian Studies.
Ling Liong Sik, et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese”,
Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association.
Loh Fook Seng, Philip, 1975, "Seeds of Separatism: Educational
Policy in Malaya 1874-1940”, Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Malaya, 1948, "Education in Malaya (Laporan Cheeseman)”, Kuala
Lumpur: The Colonial Office."
Malaya, 1951, "Report of the Committee on Malay Education (Laporan
Barnes)”, Kuala Lumpur: The Colonial Office.
Malaya, 1951, "Chinese schools and the Education of Chinese
Malayans” (Laporan Fenn-Wu), Kuala Lumpur: The Colonial Office.
Malaya, 1956, "Report of the Education Committee 1956” (Laporan
Razak), Kuala Lumpur.
Malaya, 1960, "Report of the Education Review Committe” (Laporan
Rahman Talib), Kuala Lumpur.
Nagata, Judith, 1979, "Malaysian Mosaic”, Vancouver: University of
British Columbia Press.
Naidu, Ratna, 1980, "The Communal Edge to Plural Societies”,
Ghaziabad: Vikas Publishing House.
Noss, R.B., 1967, "Language Policy and Higher Education”, Paris:
Unesco, Vol. 111 Part 2.
Noss, R.B., 1984, "An Overview of Language Issues in Southeast
Asia, 1950-1980”, Singapore: Oxford University Press.
Platt, J. & Weber, H., 1980, "English in Singapore and Malaysia,
Status: Features: Functions”, Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Ramanathan, K., 1985, "Politik Dalam Pendidikan Bahasa, 1930 -1971”,
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Sandu, K.S., 1969, "Indians in Malaysia”, Cambridge: Cambridge
University Press.
Soloman, J.S., 1988, "The Development of Bilingual Education in
Malaysia”, Kuala Lumpur: Pelandok Publications.
Stedman, J.B., 1986, "Malaysia; A Study of the Educational System
of Malaysia and a Guide to the Academic Placement of Students in
Educational Institutions of the United States”, Washington:
American Association of Collegiate Registrars and Admission
Officers.
Tan Liok Ee, 1985, "Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961”,
Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Malaya, Kuala Lumpur.
Teo Kok Seong, 1989, "Penerimaan dan Penghayatan Bahasa Malaysia
di Kalangan Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes di Kajang, Selangor
Darul Ehsan" dalam "Dewan Bahasa”, Jilid 33, Januari.
Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building and
Educational Policies," dalam Chris Kennedy, "Language Planning and
Language Education”, London: George, Allen & Unwin, P40.5 L35 L36.
Wong Hoy Kee, Francis and Ee Tiang Hong, 1971, "Education in
Malaysia”, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
| Comments |
|
!joomlacomment 4.0 Copyright (C) 2009 Compojoom.com . All rights reserved."
Terakhir dikemaskini (Isnin, 12 Oktober 2009 22:09)


