Home
Pesan Ayah
Dunia ayahda
Pesan Ayah
Dunia ayahda
Dunia ayahda
Entri asal 31 Ogos 2009
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada anakda semua.
Setiap malam selepas sahur ayahanda solat malam, solat hajat untuk anakda semua, untuk datuk dan nenek yang sudah tiada. Dalam hati kecil ayahda, inilah persiapan terakhir sebelum menemui Allah.
Ayahda berdoa juga diberi masa sedikit lagi bagi membayar hutang pada Allah, ibadat yang tertinggal, zakat yang tidak berbayar, dan melakukan ibadat pada yang Maha Kuasa.
Selepas solat subuh, inilah pemandangan aman yang sering ayahda nanti. Subuh berakhir dan suria mula menyinar di ufuk timur, di celah Gunung Nuang dan Genting. Indah dan aman.
Ayahda dan bonda agak sibuk setiap hari mengendalikan buka puasa anak-anak yatim. Rezeki mereka selalu murah. Kemarin ada orang menghantar sebakul ikan kolam. Malam ini anak yatim berbuka dengan ikan sedap masak tempoyak. Ini adalah bantuan daripada rakan-rakan ayahda yang prehatin pada anak yatim di depan rumah.
Anehnya, dua malam lalu ada orang datang dengan motorsikal ke rumah. Beliau membawa sebuah kotak agak besar. Anak yatim merasa teruja dan berkata "murtabak, murtabak, murtaba!!" Malangnya orang itu hanya membawa kucing sakit minta dijaga. Selalu begitulah.
Malam tadi, ada orang menghantar murtabak. Rezeki daripada Allah untuk anak yatim.
Berbuka puasa memang indah. Br=ersama anak yatim.
| Comments |
|
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 4.0alpha3



1 comments:
Salam ziarah.