
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Untuk Ayahku
Pada 16 September 1959, Zaharah menulis puisi ini sebagai meraikan ulang tahun ke-74 usia ayahdanya . Za'ba lahir pada 16 September 1885.
Pemberian anakanda kepada ayahanda, Bukannya barang bukannya benda, Tidak bernilai tidak berharga, Hanya kata-kata yang penuh rasa.Tiada emas tiada tembaga, Tiada kain tiada sutera, Hanya kalimat berjalin mesra, Mengingati ulang tahun usia.
Berdoa anakanda kepada yang esa, Untuk ayahanda tiap ketika, Sihat wal a’fiat senang sentosa, Murah rezeki kekal bahagia.
Dengan ingatan kasih sedia, Daripada anakanda,
Zahrah.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:21)
Hanya Allah yang KekalSabtu lalu ayahda mengunjungi rakan yang kematian isteri. Isteri Prof. Adnan Awang meninggal akibat mengidap kanser payudara. Anakda belum benar-benar melalui tahap ini, tetapi apabila tiba waktu begini, apakah kita mempunyai ramai rakan-rakan yang datang berziarah. Bukan sekadar berziarah, tetapi membacakan alfatihah dan doa. Adakah mereka turut melakukan solat jenazah, mengikut kita ke kubur. Itulah saja yang bermakna. Anak-anak, juga. Apabila pintau taubat sudah tertutup, hanya ilmu yang berguna yang kita tinggalkan, amal soleh, dan anak-anak yang soleh masih memberi makna kepada kita. Yang diduga itu adalah kita semua yang masih hidup. Apabila tiba giliran ayahda pergi, anakda semualah yang akan terduga.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:23) Masa kecilmu
Di Hilir Pemancar: circa 1976-77 Sebelum lahir adinda Ayu, anakda bertiga: Ailin, Anom dan Aini yang sering menghiburkan ayahda dan bonda. Kewujudan anakda bertiga sering membawa kebahagiaan.
Di Jalan Pemancar: circa 1983?. Setelah Ayu dilahirkan kita mempunyai seorang lagi ahli keluarga. Sedari kecilnya, Ayu gemar bercakap. Rumah kecil tiang seribu; Rumah besar tiang sebatang. Sejak kecil ditimang ibu; Sudah besar ditimang gelombang.Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:24) Datukda: Tuan Guru Haji Hassan
Mungkin inilah satu-satunya gambar Datukda Tuan Guru Haji Hassan dengan anakda bertiga, sebelum adinda Ayu lahir. Anakda tidak akan berapa ingat pada beliau. Beliau pernah datang ke Pulau Pinang semasa kita tinggal di Hilir Pemancar, tetapi ingatan anakda mungkin nipis. Dunia beliau penuh kezuhudan. Tidak ada kepura-puraan dalam hidup beliau. Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:24) Ayu dan Kyle
Anakda Ayu dan Kyle (Khair) berangkat lagi Setiap kali anakda berdua mengisi beg untuk berangkat lagi, ayahda melihat hidup anakda tidak seperti orang lain. Air mata ayahda jatuh ke dalam. Anakda dapat hidup dalam keadaan sedikit lebih mewah daripada ini. Tetapi ini adalah pilihan anakda. Selesai mengisi beg anakda berkata, "Inilah saja ayahda, harta dunia kami!" Bagaimana hati seorang ayah tidak sayu. Tetapi leluhur anakda dapat menunjukkan bahawa ada banyak peristiwa kezuhudan dalam keluarga kita, kezuhudan sudah lumrah. Datukda Tuan Guru Haji Hassan juga adalah seorang yang sangat zuhud. Tidak pernah ada lebih daripada tiga pasang pakaian. Ayahda juga memilih hidup biasa saja, dan di kampung. Namun dalam hati kecil ayahda ada terrasa sesuatu yang mendamaikan, anakda ingin berkhidmat pada orang yang tidak berada di Afrika, di negara yang tidak pernah ayahda dengar sebelum ini. Somaliland. Negara ini sangat jauh dalam pengetahuan ayahda. Tetapi dalam ketawa, anakda berkata "Kami mahu ayahda datang ke Hargeisa dan melawat sekolah kami!!" Sebuah sekolah berasrama penuh untuk anak-anak perempuan. Dalam hati, "Jikalau dipanjangkan umur dan diizinkan oleh Allah, tentu mungkin." Ayahda terkenang cerita Greg Mortenson "Tiga Cawan Teh!" Pergilah anakda! Berbaktilah pada manusia, lebih-lebh lagi dengan yang seagama dengan anakda. Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Julai 2010 12:27) |







