
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
Za'ba

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
Za'ba adalah nama ringkas Zainal 'Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 dan meninggal pada 23 Oktober 1973, adalah seorang cendekiawan Melayu yang dapat dikatakan mendahului zamannya. Beliau banyak menulis artikel membincangkan tentang pemikiran, budaya, ekonomi dan politik orang Melayu. Namun kebanyakan artikel ini tidak pernah sampai ke pengetahuan umum. Cuma yang ketara adalah buku-bukunya mengenai bahasa Melayu, oleh sebab itu ramai orang yang menganggap beliau adalah seorang ahli bahasa Melayu. Ini memang benar, tetapi beliau adalah sebenarnya seorang cendekiawan Melayu yang mengenguasai pelbagai bidang, dan sumbangan beliau adalah terhadap pemikiran yang ahu membangunkan bahngsa Melayu seluruhnya; bukan bahasnya sahaja.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 03 Julai 2010 14:17)
Bahasa Kiasan - Perlu ke arah membina peradaban MelayuPENGGUNAAN bahasa kiasan yang memberi kesan terhadap cara hidup dan budaya orang Melayu perlu dikaji semula kerana penggunaan yang tidak sempurna dan tepat boleh mengakibatkan generasi Melayu kurang membina peradaban Melayu. Sehubungan itu, kajian terhadap bahasa kiasan dan peribahasa hendaklah dibuat untuk membina budaya dan nilai bahasa Melayu. Penciptaan bahasa kiasan baru boleh dibudayakan melalui pendidikan moral, agama dan etika. Terakhir dikemaskini (Sabtu, 03 Julai 2010 14:18) Abdullah Hassan |





