
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim. Inilah PESAN AYAHDA kepada anakda Anom, Aini, Ailin dan Ayu.
Ayahda tidak dapat menasihati anakda sepenuhnya. Cepat benar anakda dewasa dan terpisah daripada ayahda. Semoga anakda semua menjadi anak-anak soleh, dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ayahda dan bonda apabila kami sudah berada dalam kubur.
Aayahda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19.
14. Nabi Luqman as berkata kepada anak-anaknya, "Wahai anakda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," dan
15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayahda dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali."
16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. "Wahai anakda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah."
18. "Janganlah anakda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." Dan.
19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Anom, Ayu, Aini dan Ailin (1989)
Ayu, Ailin, Aini & Anom (2009)
The sequia tree is huge and tall.

That the three of you look tiny against it.
- Foto
- Video
- youtube
Laman Utama
5. 2004 Mengajar Nilai
Mengajar Nilai
Sept 2004
Traders Inn Hotel, Pulau Pinang
anjuran USM
Prof. Abdullah Hassan
1. Definisi Nilai
Nilai adalah kepercayaan yang kita pegang dan menjadi asas kita melakukan sesuatu. Nilai kasih terhadap ibu bapa menjadi asas kita menyara hati mereka apabila mereka tua. Nilai bantu-membantu kita menjadi asas lakuan kita menolong orang. Nilai patriotik kita menjadi asas kita berperang mempertahankan kemerdekaan negara.
2. Bagaimana Nilai Nilai Tertanam?
Ada banyak cara kita menyerap nilai ke dalam sistem kepercayaan yang kita pegang. Umumnya ini kita menyerap nilai daripada agama, budaya, ahli keluarga, persekitaran, dll. Oleh sebab itu tidak hairanlah nilai itu sudah tertanam dalam jiwa kita sebelum pergi ke sekolah. Apabila kita melihat ibu bapa kita sering memberi wang bantuan kepada nenek dan datuk, maka itu akan menjadi ikutan kita semasa kita dewasa kelak. Apabila melihat ibu sering membantu nenek apabila sakit, maka kita akan meniru lakuan itu dan melakukannya pula apabila ibu sudah tua.
Oleh sebab kebanyakan nilai sudah terserap semasa kecil, apakah kita perlu mengajarkannya lagi di sekolah? Memang perlu. Kanak-kanak juga pergi ke taman asuhan. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mengajarkan nilai-nilai ini semasa kanak-kanak di taman asuhan dan di sekolah. Malah, etika dan nilai sudah juga mula diajarkan kepada orang dewasa. Ada kursus etik dan nilai diajarkan kepada para eksekutif syarikat dll. Ini dapat mengajarkan nilai-nilai ang positif dan juga memperkukuh nilai-nilai yang baik sedia ada.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 03:06)
7. 2004 Hubungan Kebudayaan dengan BahasaKONGRES KEBUDAYAAN RUMPUN MELAYU 2004 10-13 September 2004 ajuran bersama Kerajaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor (YWJ), Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), MKNJ, JKKWJ, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), dan Pejabat Pendidikan Johor (PPJ) Hubungan Kebudayaan dengan BahasaProf. Abdullah Hassan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
1. Pengenalan Apabila isu kebudayaan dibincangkan, cendekia Melayu yang sering terlibat adalah para sasterawan dan budayawan Melayu. Mereka adalah cendekiawan Melayu yang rapat dengan isu ini. Oleh itu, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan, kebudayaan dan persuratan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk pada tahun 1971, tetapi pelaksanaannya masih beleum memuaskan dan sering ditentang oleh persatuan-persatuan kaum Cina dan India. Malah dasar dan stategi kebudayaan kebangsaan adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 02:51) 6. 2004 Bukan Sekadar BahasaBUKAN SEKADAR BAHASA Institut Peradaban Melayu Prof. Abdullah Hassan Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris 9 Ogos 2004 Hotel renaissance, Kuala Lumpur 1. Pengenalan Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia dilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khusunya budayawan Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan. Malah dasar dan stategi kebudayaan kebangsaan adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 02:55) 4. 2004 Mengajar Kemahiran Komunikasi InterpersonalSEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 23 - 25 May 2004 anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan Pusat Seni Universiti Sains Malaysia, dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Utara,
Mengajar Kemahiran Komunikasi Interpersonal
1. Pengenalan
Sukatan pelajaran bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada awal 2003 mengandungi bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal. Sukatan pelajaran lama tidak memberi tekanan kepada kemahiran ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah kepada murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri.
Apabila kita mengajarkan tatabahasa, kita mengajarkan mekanik bahasa. Manakala apabila kita mengajarkan kemahiran komunikasi interpersonal, kita sebenarnya mengajar kemahiran menggunakan bahasa dalam konteks sebenar. Ini adalah dinamik bahasa. Dinamik bahasa juga dikenali sebagai tatasosial bahasa. Oleh yang demikian, mengajarkan dinamik bahasa Melayu, atau tatasosial bahasa Melayu adalah sangat penting. Malah lebih penting daripada tatabahasa.
Mengapakah kita mengatakan mengajarkan tatasosial bahasa kepada murid adalah lebih penting? Ada satu sebab utama. Apabila kita melakukan kesalahan tatabahasa, kesan negatifnya tidak serius. Tetapi, apabila kita melakukan kesalahan tatasosial bahasa, kesannya sangat serius. Bahkan, kesalahan ini boleh membawa kesan yang sangat negatif dalam aktiviti interaksi kita dengan orang lain.
Kita boleh melihat contoh kesalahan tatabahasa berikut.
Sekarang cuba pula lihat kesan kesalahan tatasosial berikut.
2. Cabaran yang Dihadapi oleh Guru Bahasa Melayu
Tugas guru bahasa Melayu mengajarkan isi sukatan pelajaran ini adalah berat. Kursus yang mereka ikuti sekarang umumnya belum menampung keperluan ini.
Supaya guru lebih berjaya apabila mengajarkan bahasa Melayu, maka pengisian kursus dalam pendidikan guru perlu mengambil kira semua perkara ini.
3. Objektif Kertas Kerja
Ada tiga objektif kertas kerja ini.
4. Menyediakan Rancangan Peajaran Harian Bahasa Melayu
Tugas-tugas ini adalah sukar belaka. Kertas ini mencuba mengendalikan semua perkara ini sekaligus sebagai satu model yang dapat dijadikan contoh oleh guru. Sebelum berbuat demikian, kita lihat dulu tajuk-tajuk hasil pembelajaran utama dalam Sukatan Pelajaran yang baru itu. Bagi memudahkan kita membuat Rancangan Pelajaran Harian, maka kita perlulah memahami hasil pembelajaran yang dikehendaki oleh Sukatan Pelajaran baru tersebut. Ini dimuatkan dalam lampiran 4.
Lampiran 4 ini sengaja ditinggalkan lompang bagi membolehkan kita membuat pengisian yang sesuai. Lapiran 1 mengandungi maklumat tentang hasil pembelajaran utama dan khusus. Bagi mencapai tujuan tersebut, disenaraikan unsur sistem bahasa, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir dan senarai nilai yang perlu digabungjalinkan. Dengan melihat Lampiran 1, 2, dan 3, kita akan mengisi persediaan mengajar dalam Lampiran 4. Kreativiti guru diperlukan bagi memperlengkap persediaan mengajar ini.
Dalam persembahan kertas ini, sebuah persediaan yang lengkap akan disampaikan untuk manfaat peserta.
5. Kesimpulan
Apabila kita melihat isu dan pelan mengajar yang disediakan di atas, maka kita akan terlihat satu tugas yang sangat berat. Oleh yang demikian, dalam lampiran disediakan inventori kemahiran yang diperlukan bagi setiap hasil pembelajaran khusus dan umum. Ini diharapkan dapat memperlengkap persiapan guru bagi mengajarkan bahasa Melayu sukatan baru ini.
Lampiran 1. Hasil Pembelajaran & Kemahiran yang Diperlukan
HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran menjadi teras kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil pembelajaran dibina dengan menyatupadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, komponen kesusasteraan Melayu, dan pengisian kurikulum. Hasil pembelajaran yang dapat dicapai bagi bidang interpersonal, maklumat, estetik dinyatakan di bawah.
Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal Bidang interpersonal berfokus kepada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan perkataan, frasa, rangkaikata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan bagi mengekalkan hubungan dengan rakan atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan untuk tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam bidang komunikasi interpersonal ialah berinteraksi, memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk dan berurus bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
1. Berinteraksi bagi menjalin dan mempererat hubungan
Sistem bahasa:
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Berfikir
Nilai
2. Memberi pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan (Ingatan: pendapat di sini bermaksud hujah, atau fikiran. istilah pendapat dalam kemahiran berkomunikasi sangat negatif. Pendapat (opinion) ialah bentuk hujah yang paling rendah nilainya dalam perbincangan. Lebih-lebih lagi pendapat peribadi, lansung tidak ada nilai hujahnya.
Sistem bahasa
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Berfikir
3. Berunding secara santun bagi mendapat persetujuan dan kata sepakat
Sistem bahasa
Komunikasi
Kemahiran Berfikir
Nilai
4. Membuat pertimbangan bagi mencapai keputusan
Sistem Bahasa
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Berfikir
Nilai
5. Memujuk dan mempengaruhi pihak lain bagi melakukan sesuatu
Sistem bahasa:
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Komunikasi
Nilai
6. Berurus dengan pihak tertentu bagi mendapat barangan dan perkhidmatan
Sistem Bahasa
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran Berfikir
Nilai
ll. Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat Bidang maklumat berfokus pada kepupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan (maklumat) dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati elalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, dan multimedia. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang didapati oleh murid dalam bidang maklumat ialah mendapat, memproses dan menyampaikan maklumat. (Sumber ilmu: wahyu, penyelidikan, buku autoriti, pakar).
7. Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton.
Cara mengetahui, cara mendapatkan maklumat
8. Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
Kemahiran Berfikir
9. Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
Sistem Bahasa
lll. Hasil pembelajaran bidang estetik
Bidang estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dlam bidang estetik ialah memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
10. Memahami dan memberi repons peribadi tentang karya sastera.
11. Menguasai gaya dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif.
12. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
Lampiran 2: Sistem Bahasa
Sistem Bahasa:
Saya bersetuju dengan arahan Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan. Walau bagaimanapun ada satu kemusykilan. Dan pengarang Tatabahasa Dewan bersetuju dengan pendapat semua ahli tatabahasa lain iaitu golongan perkataan bukan seperti berikut:
Tetapi adalah seperti berikut:
Edisi Tatabahasa Dewan sebelum ini menyebabkan timbul kesilapan begini.
Pensyarah UPM menulis dalam tesis Ph.D. bahawa perkataan aktif dalam bergerak aktif dikatakan adjektif. Ini salah. Kita akan ditertawakan oleh dunia. Perkataan yang menerangkan katakerja adalah kata adverba. Adjektif menerangkan kata nama seperti dalam contoh budak aktif.
2. Sebuah tesis Ph.D. USM, Perkataan aktif bergerak aktif, aktif bukan kata adjektif. Apabila kata penerang menerangkan kata kerja, ia adalah kata adverba.
3. Sebuah tesis yang baru saya nilai untuk penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, membuat kesalahan mengatakan perkataan lembut dalam tersenyum lembut itu adjektif. It adalah, ia adalah adjektif sebab ia menerangkan kata kerja.
Kata adjektif menerangkan kata nama (contoh: rumah lama), dan akata adverba menerangkan kata kerja (contoh: berfikir lama), dll. Tidak perlu tunggu Tatabahasa Dewan Edisi 3, betulkan sekarang.
Perlu susuan Tatabahasa Pedagogi.
Lampiran 3: Taksonomi Bloom
Aras 1: Informasi: mengenal ilmu maklumat, pengetahuan, mengingat semula fakta
Aras 2: Interpretasi: memahami maklumat dan ilmu dan membuat interpretasi.
Aras 3: Aplikasi: membuat, menggunakan maklumat, mengaplikasi.
Aras 4: Analisis: membuat analisis: memecahkan kepada bahagian kecil, mengetahui guna setiap bahagian dan mengetahui hubungan antara satu sama lain.
Aras 5: Sintesis: membuat sintesis, menggabungkan pecahan bagi melihat gambar yang lebih besar.
Aras 6: Evaluasi: membuat penilaian, mempertimbang nilai keseluruhan.
Lampiran 4: Format yang diajukan
Tajuk:
Objektif:
Kemahiran bahasa:
Sistem Bahasa:
Pengisian Kurikulum:
Kemahiran Bernilai Tambah:
Terakhir dikemaskini (Khamis, 05 Ogos 2010 06:22) 3. 2004 Apa Perlunya Mempertahan Bahasa Melayu Sebagai Asas Dasar Kebudayaan KebangsaanPERTEMUAN ANGIN TIMUR LAUT 2-4 April 2004, Kuantan, Pahang ajuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Apa Perlunya Mempertahan Bahasa Melayu Sebagai Asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan Prof. Abdullah Hassan Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris
1. Pengenalan Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia dilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khusunya budayawan Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan. Malah dasar dan stategi kebudayaan kebangsaan adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita. Terakhir dikemaskini (Sabtu, 07 Ogos 2010 03:17) |


